http://puspanitalppkl.blogspot.com/

Isnin, 29 Julai 2013

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI DARI PUSPANITA LPP KL





 "SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN" 
kepada semua ahli- Ahli PUSPANITA LPP,
maaf zahir & batin, semoga perjalanan pulang ke kampung disambut dengan keceriaan dan kegembiraan
DARI
PUSPANITA LPP KUALA LUMPUR

Isnin, 22 Oktober 2012

KSN SAMPAIKAN ANUGERAH PENARAFAN 4 BINTANG KEPADA KEPADA LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

3 Okt 2012-  Di Agensi Remote Sensing Malaysia: YBhg. Dato' Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara telah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2011 kepada Lembaga Pertubuhan Peladang.
Anugerah tersebut disampaikan kepada Lembaga Pertubuhan Peladang  atas kejayaan Lembaga Pertubuhan Peladang  mendapatkan penarafan 4 bintang bagi Audit Star Rating Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan Lembaga Pertubuhan Peladang  2011 yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara.  Y.H Dato’ Arpan Shah Bin Satu Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang  yang hadir menerima anugerah tersebut, ia  sebagai  pengiktirafan dan  menjadi sejarah tersendiri kepada Lembaga Pertubuhan Peladang.  
Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan atau dikenali sebagai IA diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara untuk mengukur kualiti secara objektif bagi pengurusan kewangan Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan. IA yang mula dilaksanakan pada tahun 2007 akan melihat dan menilai sejauhmana sesebuah jabatan kerajaan melaksanakan pengurusan kewangan mengikut undang-undang dan peraturan kewangan yang telah ditetapkan.
TAHNIAH

Rabu, 29 Ogos 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-55

Sempena Hari Kemerdekaan Ke-55 negara Malaysia yang bakal disambut pada tanggal 31 Ogos 2012

PUSPANITA LPP KL

mengambil kesempatan untuk mengucapkan

“SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-55”

Kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada seluruh anggota Lembaga Pertubuhan Peladang. Semoga dengan izin Allah SWT negara kita akan menjadi lebih maju, berjaya, aman, makmur, sentosa dan bersatu padu diantara berbilang kaum agar segala cita-cita kearah cara hidup yang lebih produktif seiring dengan keimanan yang kuat dan teguh.

Sama-samalah kita mendoakan keatas para pejuang dan pembela bangsa yang telah bersusah payah, mencurah keringat, harta dan menggadai nyawa demi memastikan hidup kita hari ini bebas dan merdeka, agar mereka semua dikurniakan dengan sebaik-baik balasan oleh Allah SWT di akhirat kelak.


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA

Isnin, 28 Mei 2012

PUSPANITA LPPKL DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2012




Bertemakan “Buku Dunia Tanpa Sempadan” Pesta Buku Antarabangsa kali ke 31 tahun ini berlangsung mulai 27 April 2012 hingga 6 Mei 2012 di PWTC Kuala Lumpur.  PUSPANITA LPP tidak melepaskan peluang yang ada dan telah mengatur dua kunjungan disertai oleh ahli-ahli yang berminat.
Sebaik melangkah masuk ke Dewan pameran , suasana begitu sesak dengan pengunjung dan mata menjadi rambang melihat susunan beranika buku di beratus gerai pameran dari syarikat-syarikat penerbitan yang mengambil bahagian. Kami berpecah mengikut minat masing-masing maklumlah yang muda-muda minat pada novel, ada yang minat buku resepi, motivasi dan sebagainya.
Di antara gerai pameran yang mendapat sambutan hangat di kalangan pengunjung pastinya Syarikat Penerbitan Karangkraf yang pernah dilawati oleh PUSPANITA pada tahun lalu. Rasa bangga melihat syarikat penerbitan bumiputra yang ulung di tanah air ini semakin berkembang maju dengan bahan-bahan penerbitan yang menepati citarasa semasa untuk semua peringkat pembaca. Di satu sudut dewan pameran Karangkraf ramai pengunjung mengerumuni satu acara yang sedang berlangsung. Rupa-rupanya pendakwah yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Kazim Elias sedang melancarkan buku hasil tulisannya Tuhan Sedang Menguji Kita yang diterbitkan oleh Karangkraf. Pihak karangkraf diwakili oleh Dato’ Abd. Jalil Ali, seorang wartawan veteran yang terkenal dengan tulisan bertemakan kemasyarakatan dan kini merupakan Penasihat Eksekutif Editorial Karangkraf. Setelah membeli buku karya Ustaz Kazim, kami berpeluang bergambar dan mendapatkan tandatangan beliau. Harga buku-buku yang dijual di Pesta Buku amat berpatutan dan sangat berbaloi mengunjunginya.

PUSPANITA LPP KE PAMERAN RAJA KITA


Biro Penerbitan dan Seranta PUSPANITA LPP telah mengatur lawatan ke Pameran Raja Kita pada 27 April 2012 dan 4 Mei 2012. Pameran tersebut diadakan bersempena dengan Pertabalan Yang Di Pertuan Agong Ke 14, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah bertempat di Istana Negara Lama. Pameran tersebut memaparkan sejarah ringkas riwayat hidup baginda, antaranya barangan dan koleksi peribadi, alat kebesaran dan sebagainya.
Pameran diadakan secara percuma selama dua bulan dan akan berakhir pada 16 Jun 2012. Pengunjung yang melawat ke Balai Rong Seri dikehendaki menanggalkan kasut dan membayar RM3.00 sekiranya membawa kamera. Para pengunjung boleh mengabadikan nama di Buku Pelawat yang disediakan. Memandangkan ada kalangan ahli yang tidak dapat menyertai lawatan yang telah diadakan, InsyaAllah pihak Biro akan mengatur lagi lawatan sebelum tempoh pameran berakhir


Rabu, 21 Mac 2012

Mesyuarat Agung Ke 28 PUSPANITA LPP pada 16 Mac 2012












Mesyuarat Agung Ke 28 PUSPANITA LPP pada 16 Mac 2012 di Dewan Utama Tan Sri Abu Zahar Menara LPP. Mesyuarat Agung pertama diadakan di Dewan Utama, dirasmikan oleh YH Dato’ Hj Arpan Shah Bin Satu, Ketua Pengarah LPP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...