3 Okt 2012- Di Agensi Remote Sensing Malaysia: YBhg. Dato' Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara telah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2011 kepada Lembaga Pertubuhan Peladang.
Anugerah tersebut disampaikan kepada Lembaga Pertubuhan Peladang atas kejayaan Lembaga Pertubuhan Peladang mendapatkan penarafan 4 bintang bagi Audit Star Rating Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan Lembaga Pertubuhan Peladang 2011 yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara. Y.H Dato’ Arpan Shah Bin Satu Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang yang hadir menerima anugerah tersebut, ia sebagai pengiktirafan dan menjadi sejarah tersendiri kepada Lembaga Pertubuhan Peladang.
Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan atau dikenali sebagai IA diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara untuk mengukur kualiti secara objektif bagi pengurusan kewangan Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan. IA yang mula dilaksanakan pada tahun 2007 akan melihat dan menilai sejauhmana sesebuah jabatan kerajaan melaksanakan pengurusan kewangan mengikut undang-undang dan peraturan kewangan yang telah ditetapkan.
TAHNIAH