http://puspanitalppkl.blogspot.com/

Isnin, 5 Disember 2011

PETUA HARIAN

MENGELAKKAN IKAN YANG DIGORENG MELEKAT PADA KUALI

Ada beberapa petua bagi mengelakkan ikan yang sedang digoreng melekat pada kuali iaitu :

1.              Terlebih dahulu panaskan kuali dengan sedikit minyak, kemudian goreng asam jawa dalam minyak yang panas sehingga garing.  Keluarkan asam jawa ini.  Tambahkan sedikit lagi minyak.  Apabila panas goreng ikan yang sudah dilumurkan dengan garam dan kunyit.  Balik-balikkan ikan berulang kali jika bahagian sebelahnya masak.  Apabila diangkat, anda akan dapati minyak yang digoreng dengan ikan sedikit pun tidak meninggalkan kesan kulit ikan.

2.              Limau kasturi juga boleh digunakan bagi mengelakkan ikan goreng melekat pada kuali.  Titikkan sedikit perahan air limau kasturi dalam minyak.  Kemudian panaskan minyak ini.  Setelah itu goreng ikan seperti biasa.

SUDUT RENUNGAN DAN PETUA

PERBEZAAN ANTARA ILMU DAN HARTA

Pernah disampaikan oleh Ali r.a. kepada 10 orang khawarij yang bertanyakan beliau mengenainya.  Ilmu adalah warisan nabi-nabi, sedangkan harta adalah warisan Qarun, Syidad atau Firaun.  Orang yang berilmu banyak kawannya sedangkan orang yang berharta banyak musuhnya.  Jika ilmu diberikan kepada orang lain ia bertambah.  Tetapi jika harta diberikan kepadda orang lain ia berkurangan.  Orang yang berilmu disebut kariim (mulia) sedangkan orang yang berharta disebut bakhil.  Harta minta dijaga daripada pencuri, sedangkan ilmu tidak perlu dijaga.  Orang yang berharta dihisab, orang yang berilmu mendapat syafaat.  Harta akan rosak dimakan zaman, sedangkan ilmmu tidak.  Harta mengeraskan hati, sedangkan ilmu tidak.  Orang berharta dapat mengaku sebagai Tuhan (kerana hartanya) sedangkan orang yang berilmu mengaku sebagai hamba.  Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang diamalkan.


Menurut Imam Mahdawi, ilmu-ilmu bermanfaat ialah :
1.        Ilmu yang mengetahui hak-hak waktu.
2.        Ilmu yang menjernihkan hati.                                                                                               
3.        Ilmu membenci duniawi.
4.        Ilmu untuk mendekatkan syurga.
5.        Ilmu untuk menjauhi neraka.
6.        Ilmu untuk meningkatkan rasa takut kepada Allah.
7.        Ilmu untuk mengharapkan Allah.
8.        Ilmu untuk mengetahui akibat-akibat yang ditimbulkan oleh hawa nafsu.
9.        Ilmu untuk membersihkan hawa nafsu.


Keutamaan penuntut ilmu:
1.        Diangkat darjatnya.
2.        Dijamin rezekinya.
3.        Dimasukkan ke dalam syurga dengan mudah.

UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

SEMUA AHLI JAWATANKUASA DAN AHLI PUSPANITA LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA Y.H DATO’ HAJI ARPAN SHAH BIN SATU DAN DATIN HAJAH KAMALIAH BINTI HAJI ABDUL JALAL DI ATAS PENGURNIAAN DARJAH SULTAN AHMAD SHAH PAHANG (D.S.A.P).
ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH-DARJAH KEBESARAN DAN PINGAT-PINGAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR SEMPENA MEMULIAKAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG  TELAH BERLANGSUNG DI BALAIRUNG SERI ISTANA ABU BAKAR PEKAN PADA 24 MAC 2011 .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...